Saturday, August 8, 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.


Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
-Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
-Individu berusia 65 tahun dan ke atas
-Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
-Wanita mengandung
-Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
-Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
-Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
-Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
-Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
-Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
-Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
-Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat.

Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema.


Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.


Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.


Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.


Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.


Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal


Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian


Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Saturday, July 18, 2009

SEDIH SEORANG GURU..SIAPA YANG TAHU..


Salam buat semua..terutama anak-anak murid teacher..

Semakin dekat nak exam, teacher pula yang semakin tension. Kamu semua tahu kenapa? I'm so sad coz you all masih x habiskan nota sains tahun 4,5,6 yang teacher dah bagi dari awal tahun lagi. Jawapan yang kamu beri semua hampir sama, TAK SEMPAT, MALAS. Macamana teacher nak tolong orang malas, teacher pun tak tahu la..

Bukan teacher sorang yang susah hati..hampir semua guru kat sekolah tu sama sama susah hati. tahu kenapa? Sebab ramai di antara kamu yang masih berkelakuan seolah-olah UPSR tu lambat lagi. Boleh main lari-lari, dan ada yang dah sibuk nak bercinta-cinta. Entah la..rasanya banyak dah yang teacher korbankan untuk kamu semua, especially masa teacher yang patut teacher guna untuk bersama family sendiri tapi dah digunakan untuk bersama kamu. Teacher tak minta lebih, just minta kamu baca nota, kuasai nota. Jawab soalan sambil cari jawapan dalam buku, tapi ramai yang terkial-kial tak tahu nak buka mukasurat berapa. Lebih sedih bila ada yang jawab sibuk tengok tv. Macam-macam alasan yang kamu bagi. Buat latihan sambil sembang, bila tak siap terus tiru kawan. Paling teacher geram, bila nak buat kelas tambahan, ada yang bagi alasan nak pergi kenduri la, itu la, ini la..sampai ada yang bagi alasan sibuk nak pergi tolong basuh pinggan mangkuk kenduri!!! Kamu semua tahu siapa orang tu kan..

Buat pertama kalinya, gugur airmata seorang guru bila tengok anak murid sendiri tak semangat nak ambil periksa. Dugaan dari Allah swt, terpaksa teacher hadapi juga. Jangan hanya teacher yang berusaha, kamu sendirilah yang kena usaha untuk masa depan kamu sendiri. Kami para guru hanya membantu sedaya upaya yang kami ada, selebihnya, terpulang pada kehendak kamu. Masa tak tunggu kamu, kamu yang kena kejar masa. dan teacher nak kamu tahu yang sebenarnya kamu dah tak banyak masa kerana UPSR hampir tiba....ALL THE BEST TO ALL MY STUDENTS.

JAWAB SOALAN YANG DIBERI..GANJARAN MENARIK MENANTI

Thursday, July 9, 2009

TIPS MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

1) ...aim, purpose, find out...

- To investigate the relationship between C and M / O

2) C - changed

3) M - Measured O - Observed

4) Relationship , Hypothesis, Conclusion

- When @ If @ As the C increases / decreases,
the M / O increases / decreases.

LAMAN KESIHATAN WANITA

Kerja-kerja juga, tapi kesihatan kena jaga. So, click laman di bawah untuk info.

http://nibongtebal.olx.com.my/pad-herba-untuk-kesihatan-wanita-iid-36235426
atau

Tuesday, June 30, 2009

MOTIVASI GURU

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :


“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Mulakan kerja anda dengan ceria
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera… tapi manusia tetap manusia..Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja. Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan… kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya.
“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

motivasi utk kite sume, utk saye jgk!!! fighting

Tak sabar..

Alhamdullilah, finally selepas 4 tahun postponed plan nak further study, dari tunggu nak kawin dulu, dah kawin pregnant plak, dah bersalin kesian plak kat si twins tu. hmmm...macam2 halangan..last2 tercapai juga hasrat dan impian tu. Esok I akan daftar bersama sorang lagi member, tapi course lain. apply cuti pun dah approved untuk esok. selepas 5 tahun keje, tetiba nak masuk balik U, rasa excited macam budak baru abis SPM dapat offer je. Anyway, doakan I boleh hadapi segala bebanan tugas yang sudah pasti akan bertambah, dan tabah dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang bakal menjelma. Amin...

Friday, May 22, 2009

Berapa banyak anak lipas dalam 1 telur?


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

dan 1 lagi 10 peringatan BUMI kepada kita semua :
Berkata Anas Bin Malik r. a;Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Thursday, May 7, 2009

Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI)

Seperti yang disebutkan, Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) adalah ukuran yang digunakan bagi membantu sesuatu organisasi mendefinisi dan menilai sejauh mana kejayaannya dalam memenuhi matlamat organisasinya. KPI adalah salah satu dari bahagian utama objektif yang boleh diukur yang terdiri daripada hala tuju, KPI, tanda aras, sasaran dan jangka masa pencapaian.

Misalnya KPI seorang guru sains adalah “untuk meningkatkan tahap penggunaan perkakasan, perisian, bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan dan Bayaran Insentif Subjek Pembelajaran (BISP) ke tahap 100 peratus agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dalam bahasa Inggeris dalam kelas dapat dinaikkan ke tahap 70 peratus menjelang tahun 2010”. Dalam contoh ini, meningkatkan P&P dalam bahasa Inggeris ke tahap 70 peratus dan penggunaan perkakasan, perisian, bahan bantu mengajar dan BISP ke tahap 100 peratus adalah KPI nya.

Meningkatkan tahap P&P dalam bahasa Inggeris bukan perkara yang sukar dicapai oleh guru tersebut kerana ia adalah di bawah kawalannya. Jika ada pun hambatan bagi mencapai KPI tersebut, ia mungkin disebabkan oleh perbezaan tahap kefahaman murid di dalam kelas. Ada kalanya bukan guru yang tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris secara sepenuhnya di dalam kelas, tetapi mereka terpaksa menyesuaikan P&P dengan tahap keupayaan murid. Walaupun mahir berbahasa Inggeris, ada kala guru perlu mengurangkan peratus Penggunaannya di dalam P&P jika didapati ada murid yang ketinggalan. Sebaliknya KPI untuk meningkatkan tahap penggunaan perkakasan, perisian dan BBM berbeza. Ia tidak berada di dalam kawalan guru semata-mata tetapi berkait dengan KPI beberapa pihak yang lain.
Contohnya dalam mencapai KPI dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) fasa VI, guru perlu menunggu sehingga perkakasan (komputer bimbit, projektor), perisian dan BBM (pakej latihan kendiri) dibekalkan serta latihan yang bersesuaian disempurnakan.

Ini bermaksud jika KPI guru sains tersebut perlu dicapai pada bulan Februari 2008, maka perkakasan, perisian, BBM dan latihan perlu disediakan beberapa bulan lebih awal sebelum itu. Di sini, KPI seorang guru sains tidak lagi bergantung pada dirinya sahaja, tetapi juga bergantung kepada keupayaan pegawai-pegawai bahagian-bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kewangan menepati KPI masing-masing, terutamanya dari segi pelaksanaan perolehan perkakasan yang berkaitan serta penyediaan perisian dan kepakaran latihan. Jika pegawai di bahagian-bahagian ini tidak dapat melaksanakan tugas perolehan ini dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam KPI, maka guru di sekolah juga akan gagal menepati KPInya. Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa KPI digunakan untuk menilai prestasi bukan sahaja Menteri dan Timbalan Menteri, tetapi juga pegawai kanan kerajaan. Maka dalam hal ini mungkin ada kewajaran bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersegera meneliti dan membangunkan KPI pegawai-pegawai kanan di kementerian-kementerian secara objektif dan bermakna.

Pelaksanaan projek di peringkat kementerian tidak seharusnya dilihat hanya sebagai soal proses, prosedur atau sistem penyampaian sahaja. Ia wajar dilihat sebagai amanah yang dipikul oleh pegawai kanan kerajaan untuk menambah aliran tunai dalam kitaran ekonomi seterusnya merancakkan ekonomi negara. Lebih utama lagi, ia dilihat sebagai amanah yang perlu dilunaskan untuk memastikan anak-anak kita menerima hak mereka memperoleh ekuiti dan kualiti dalam pendidikan. Dalam hal ini, ia bukan sekadar soal pelaksanaan projek dan meransang ekonomi semata-mata, tetapi soal pembangunan modal insan dan masa depan negara.

PETIKAN DARI UTUSAN

Sistem pendidikan Malaysia perlu kembali kepada amalan asas
OLEH BORHAN ABU SAMAH (from Jakarta)

KETIKA penulis belajar di sekolah rendah dahulu, guru-guru sering menyuruh murid-murid membaca petikan atau karangan bahasa Malaysia di depan kelas. Seorang demi seorang.
Begitu juga dengan mata pelajaran lain seperti menyelesaikan masalah Matematik dan membaca hafalan ayat-ayat al-Quran. Semuanya dibuat di depan kelas.

Bagaimanapun, pada masa ini amalan seperti itu tidak lagi berlaku dan alasannya mudah. Terlalu ramai murid di dalam sesebuah kelas dan jika itu diamalkan, sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesuatu topik. Jika gagal menghabiskan semua topik sebelum peperiksaan, ia akan memberi kesan kepada persiapan pelajar dan sekali gus keputusan peperiksaan juga merosot.

Begitulah terkongkongnya pelajar kita di Malaysia dengan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan sehingga setiap program yang dilakukan oleh sekolah hanya bertitik tolak soal peperiksaan. Ia membuatkan usaha membentuk sahsiah pelajar terpinggir. Bagaimanapun penulis terkejut apabila kaedah seperti itu masih dipraktikkan di Indonesia. Anak-anak penulis yang belajar di sebuah sekolah agama persendirian di Jakarta, setiap hari membuat persiapan untuk membaca di depan kelas walaupun masih di peringkat sekolah rendah. Pada mulanya mereka kelihatan begitu gugup untuk berdepan dengan rakan sekelas, maklumlah ia jarang dilakukan ketika belajar di Malaysia, tetapi lama-kelamaan keyakinan mereka semakin meningkat.

Kini dalam tempoh singkat mereka sudah biasa membaca di depan kelas, malah cukup tidak sabar bila ada aktiviti pembentangan atau persembahan di depan kelas. Mereka juga berkumpul bersama rakan-rakan untuk merancang bentuk persembahan atau pembentangan yang akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dalam suasana ceria.
Rupa-rupanya membaca di depan kelas itulah asas kepada membentuk keyakinan diri bagi membuat pembentangan yang lebih besar ketika di peringkat universiti, mahupun ketika bekerja.

Bagaimanapun ia semakin tidak dipraktikkan di sekolah-sekolah di negara kita.
Jadi apabila mengetahui Kementerian Pelajaran mahu membuat satu transformasi ke atas sistem pendidikan negara pada tahun depan, penulis terfikir kembali perkara asas tersebut.
Amalan yang diterapkan oleh guru-guru dahulu perlu digunakan kembali di sekolah bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Mungkin ia dilihat terlalu remeh tetapi mempunyai kesan yang mendalam bagi membentuk sahsiah dan keyakinan pelajar. Satu lagi insiden menarik ialah apabila anak-anak penulis dengan bangga menunjukkan wang kertas "Ringgit Malaysia", tibatiba salah seorang rakan mereka bertanya gambar apa dan siapakah yang tertera pada semua wang berkenaan.

Sekali lagi anak penulis gagal memberi jawapan yang pasti, berbanding rakan-rakan di Jakarta. Mereka dapat memberi penjelasan mengenai setiap gambar yang terpapar pada setiap wang kertas Indonesia kerana ia turut dipelajari di sekolah. Ini bermakna pendidikan kita terlalu luas skopnya sehingga kita gagal menerapkan pengetahuan persekitaran kepada pelajar.
Bagi pelajar di Jakarta, mereka perlu belajar mata pelajaran khusus tentang Jakarta. Begitu juga bagi pelajar di kawasan lain, mereka akan belajar tentang bandar-bandar utama di kawasan mereka. Pelajaran berkenaan memberi pendedahan terhadap apa yang ada di persekitaran mereka, termasuk lokasi menarik atau tumpuan di kawasan setempat serta sejarahnya.
Pelajaran berkenaan tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah, tetapi mereka perlu melawat dan melihat apa yang dipelajari melalui rombongan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Jadi tidak hairan jika setiap hari pasti ada sahaja ratusan murid-murid sekolah rendah melawat Muzium Nasional (Monas) di Jakarta dan kaedah berkenaan juga tidak lagi dipraktikkan di Malaysia. Penulis fikir rombongan sedemikian itu lebih bermanfaat daripada membawa para pelajar pergi berkelah di pantai dan air terjun yang berisiko tinggi kemungkinan berlaku kemalangan, apatah lagi terlalu sedikit ilmu pengetahuan yang diperolehi. Memang tidak dinafikan sistem pendidikan negara jiran juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mungkin kita boleh mempelajari dan mengambil sedikit daripada aspek positif dalam sukatan pelajaran mereka bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

Friday, April 24, 2009

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UNIT ICT

Align Center click the picture

CONTOH RUMAH EUREKA







ni sample aje la, nak tunjuk yang lebih2 x blh jugak. tu pun sampai senget2 dah rumah tu coz asyik angkat letak berkali-kali. rumah ni dihasilkan untuk pertandingan negeri, untuk kebangsaan kami renovated kepada yang lebih baik.

ENERGY EFFICIENCY

Making homes, vehicles, and businesses more energy efficient is seen as a largely untapped solution to addressing global warming, energy security, and fossil fuel depletion. Many of these ideas have been discussed for years, since the 1973 oil crisis brought energy issues to the forefront. In the late 1970s, physicist Amory Lovins popularized the notion of a "soft energy path", with a strong focus on energy efficiency. Among other things, Lovins popularized the notion of negawatts -- the idea of meeting energy needs by increasing efficiency instead of increasing energy production.
Energy efficiency has proved to be a cost-effective strategy for building economies without necessarily growing energy consumption, as environmental business strategist Joel Makower has noted. For example, the state of California began implementing energy-efficiency measures in the mid-1970s, including building code and appliance standards with strict efficiency requirements. During the following years, California's energy consumption has remained approximately flat on a per capita basis while national U.S. consumption doubled. As part of its strategy, California implemented a three-step plan for new energy resources that puts energy efficiency first, renewable electricity supplies second, and new fossil-fired power plants last.
Still, efficiency often has taken a secondary position to new power generation as a solution to global warming in creating national energy policy. Some companies also have been reluctant to engage in efficiency measures, despite the often favorable returns on investments that can result. Lovins' Rocky Mountain Institute points out that in industrial settings, "there are abundant opportunities to save 70% to 90% of the energy and cost for lighting, fan, and pump systems; 50% for electric motors; and 60% in areas such as heating, cooling, office equipment, and appliances." In general, up to 75% of the electricity used in the U.S. today could be saved with efficiency measures that cost less than the electricity itself.
Other studies have emphasized this. A report published in 2006 by the McKinsey Global Institute, asserted that "there are sufficient economically viable opportunities for energy-productivity improvements that could keep global energy-demand growth at less than 1 percent per annum" -- less than half of the 2.2 percent average growth anticipated through 2020 in a business-as-usual scenario. Energy productivity -- which measures the output and quality of goods and services per unit of energy input -- can come from either reducing the amount of energy required to produce something, or from increasing the quantity or quality of goods and services from the same amount of energy.
The Vienna Climate Change Talks 2007 Report, under the auspices of the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), clearly shows "that energy efficiency can achieve real emission reductions at low cost."

RENEWABLE ENERGY

Renewable Energy Basics

The United States currently relies heavily on coal, oil, and natural gas for its energy. Fossil fuels are nonrenewable, that is, they draw on finite resources that will eventually dwindle, becoming too expensive or too environmentally damaging to retrieve. In contrast, renewable energy resources—such as wind and solar energy—are constantly replenished and will never run out.

Solar

Most renewable energy comes either directly or indirectly from the sun. Sunlight, or solar energy, can be used directly for heating and lighting homes and other buildings, for generating electricity, and for hot water heating, solar cooling, and a variety of commercial and industrial uses.

Wind

The sun's heat also drives the winds, whose energy is captured with wind turbines. Then, the winds and the sun's heat cause water to evaporate. When this water vapor turns into rain or snow and flows downhill into rivers or streams, its energy can be captured using hydropower.

Biomass

Along with the rain and snow, sunlight causes plants to grow. The organic matter that makes up those plants is known as biomass. Biomass can be used to produce electricity, transportation fuels, or chemicals. The use of biomass for any of these purposes is called biomass energy.

Hydrogen

Hydrogen also can be found in many organic compounds, as well as water. It's the most abundant element on the Earth. But it doesn't occur naturally as a gas. It's always combined with other elements, such as with oxygen to make water. Once separated from another element, hydrogen can be burned as a fuel or converted into electricity.

Geothermal

Not all renewable energy resources come from the sun. Geothermal energy taps the Earth's internal heat for a variety of uses, including electric power production, and the heating and cooling of buildings. And the energy of the ocean's tides comes from the gravitational pull of the moon and the sun upon the Earth.

Ocean

The ocean can produce thermal energy from the sun's heat and mechanical energy from the tides and waves. NREL does not conduct research in ocean thermal energy or ocean mechanical energy. See the U.S. Department of Energy's Consumer Guide Web site for basic information ocean energy.

Hydropower

Flowing water creates energy that can be captured and turned into electricity. This is called hydroelectric power or hydropower. NREL doesn't perform any research in hydroelectric power technologies. For more information on hydroelectric power, see the Hydropower Basics from the U.S. Department of Energy's Wind and Hydropower Technologies Program.

Kongsi Pengalaman

Salam..
Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang terlibat dgn Pertandingan Eureka anjuran Karnival Sains dan Teknologi bersama CETREE USM. Saya mula terlibat sebagai urusetia pertandingan pada 2006 di peringkat negeri. Pada 2007 saya hanya melihat-lihat sahaja pertandingan ini dari jauh manakala pada 2008 saya pula membimbing 4 orang murid untuk pertandingan tersebut. Alhamdulillah, pasukan Eureka sekolah saya masih dapat mengekalkan kejuaraan kami dengan mewakili negeri Pulau Pinang buat 3 kali berturut-turut. Pasukan yang saya bimbing mewakili negeri ke kebangsaan di Sarawak dan kami mengekalkan kedudukan ke-4 seperti tahun 2007.
Pada tahun ini saya terpilih sebagai Pegawai Teknikal untuk pertandingan ini...ishh..macam susah la pulak nak menang lepas ni..so, saya kene brief syarat2 dan perjalanan pertandingan ini. Saya sertakan syarat2 pertandingan oleh pihak CETREE cuma ada sikit perubahan untuk tahun ini di mana :

1) peserta tidak lagi perlu sediakan folio seperti tahun sebelum2 ni sebaliknya dikehendaki menyediakan folio tersebut dalam bentuk Powerpoint pada masa itu jugak.
2) masa pertandingan masih 5 jam seperti dulu

Yang penting, jangan lupa masukkan elemen KT (kecekapan tenaga) dan TD (tenaga diperbaharui)

Syarat Pertandingan Eureka Pulau Pinang

TAJUK : EUREKA RE & EE
TEMA : ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE
AKTIVITI : Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang mempunyai ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan kepentingan merancang penggunaan sumber secara optimum
2. Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan murid.
3. Memupuk kreativiti dan budaya reka cipta dan inovasi di kalangan murid.
4. Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan murid.
5. Memupuk semangat kerjasama di antara murid dalam satu pasukan.
6. Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga ecara cekap dan bijaksana.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan EUREKA adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh penganjur.
2. Setiap negeri diminta menghantar satu pasukan.
3. Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 4 orang peserta yang dipilih dari kalangan pelajar tahun 4 dan/atau 5. Pasukan mestilah terdiri dari 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari satu jantina dengan seorang guru pembimbing.Setiap pasukan mesti melibatkan sekurang-kurangnya seorang bumiputera kecuali sekolah yang terdiri daripada satu kaum.
4. Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
5. Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
6. Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
7. Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Senarai bahan akan dimaklumkan kepada peserta sehari* sebelum pertandingan.
8. Hanya bahan dan alatan yang disediakan sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan pasukan tersebut dibatalkan.
9. Sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta berkaitan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urusetia pertandingan.
10. Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of suprise)
11. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.
12. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas A4.
13. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan buku idea dalam Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Buku ini perlu menerangkan projek yang dihasilkan yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan buku idea mestilah merupakan hasil kerja/penulisan/lakaran ahli pasukan. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
14. Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran pasukannya tetapi tidak dibenarkan menyentuh bahan atau alatan yang digunakan.
15. Setiap kali guru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 (satu) markah akan ditolak.
16. Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek. Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
17. Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
i. Kebolehan kreatif - 20 markah
ii. Pemikiran saintifik - 20 markah
iii. Kemahiran saintifik - 20 markah
iv. Kerja berpasukan - 10 markah
v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah
vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markah
vii. Buku idea - 10 markah
18. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
19. Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.
20. Model tersebut adalah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya akan diberi di bawah.

Keluasan Rumah
Seratus Meter Persegi (100 m2).
2 bilik tidur
1 dapur
1 bilik air
1 ruang makan
1 ruang tamu

Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD. Perlu diingatkan bahawa kos perbelanjaan hasil kerja peserta tidak mempengaruhi penilaian tetapi kebijaksanaan menggunakan elemen KT & TD akan diberi keutamaan.

Keputusan pengadil adalah muktamad

Tidak lagi bergantung 100% peperiksaan – TPM

KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.
Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.
SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.
“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.
Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong sempena pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd.Dom.
Tahap pencapaian pelajar buat masa ini diukur 100 peratus kepada prestasi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dan awam.
Ka Siong pada sidang akhbar selepas itu berkata, SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.
Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.
Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam.
Alimuddin ketika ditemui menambah, di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:
- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)
- Kokurikulum
- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)
- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).
Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.
Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.
Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.
“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.
Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.
Katanya, maklum balas yang diterima termasuk daripada para guru adalah amat positif.
Beliau berkata, pengenalan SSPK tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.
“Sekarang ini pun dah buat, kita ada ujian mingguan, ujian bulanan dibuat oleh guru, tetapi semuanya hanya simpan di sekolah dan tidak dimasukkan dalam keputusan akhir peperiksaan.
“Macam itu juga dengan kokurikulum, sekarang pun ada pelajar jadi pengawas, main bola untuk sekolah, cuma tidak dimasukkan secara rasmi dalam penentuan gred peperiksaan awam pelajar,” katanya.
Jelasnya, sistem pentaksiran akan dimulakan dari tahun satu hingga enam untuk UPSR, tingkatan satu hingga tiga bagi PMR manakala tingkatan empat dan lima untuk SPM.
Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.
Jelas Alimuddin, beliau yakin SPPK akan dapat mencapai objektifnya kerana ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Komen saya :Sebagai seorang guru, saya terima dasar baru ini. Cuma diharap pihak bertanggungjawab mengambil iktibar dari kesan pelaksanaan PPSMI yang pada saya dibuat sangat terburu-buru. finally, yang menjadi mangsa adalah murid-murid, especially murid-murid yang dah memang lemah dlm BI, terus jadi lemah dlm semua subjek. Yg tu sy akan bg pendapat kemudian.
Salam buat semua warga pendidik..
Akhirnya, dalam kesibukan kerja dan menguruskan keluarga, dapat juga saya menyiapkan blog yang dah lama saya cadang untuk hasilkan. Blog ini dibina dengan hanya 1 tujuan iaitu PERKONGSIAN ILMU. Ilmu..untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja. Untuk itu, saya amatlah mengalu-alukan cadangan @ pandangan yang membina dari sesiapa pun seperti warga pendidik, pelajar, ibu bapa mahupun keluarga sendiri dalam meningkatkan martabat pendidikan negara kita. Sebagai seorang guru Sains, blog ini akan menjadi salah satu dari pencarian anda. Besarlah harapan saya agar ruangan ini tidak disalahgunakan dalam apa bentuk sekalipun.
Selamat mencuba.