Friday, April 24, 2009

Syarat Pertandingan Eureka Pulau Pinang

TAJUK : EUREKA RE & EE
TEMA : ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE
AKTIVITI : Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang mempunyai ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan kepentingan merancang penggunaan sumber secara optimum
2. Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan murid.
3. Memupuk kreativiti dan budaya reka cipta dan inovasi di kalangan murid.
4. Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan murid.
5. Memupuk semangat kerjasama di antara murid dalam satu pasukan.
6. Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga ecara cekap dan bijaksana.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan EUREKA adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh penganjur.
2. Setiap negeri diminta menghantar satu pasukan.
3. Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 4 orang peserta yang dipilih dari kalangan pelajar tahun 4 dan/atau 5. Pasukan mestilah terdiri dari 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari satu jantina dengan seorang guru pembimbing.Setiap pasukan mesti melibatkan sekurang-kurangnya seorang bumiputera kecuali sekolah yang terdiri daripada satu kaum.
4. Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
5. Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
6. Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
7. Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Senarai bahan akan dimaklumkan kepada peserta sehari* sebelum pertandingan.
8. Hanya bahan dan alatan yang disediakan sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan pasukan tersebut dibatalkan.
9. Sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta berkaitan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urusetia pertandingan.
10. Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of suprise)
11. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.
12. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas A4.
13. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan buku idea dalam Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Buku ini perlu menerangkan projek yang dihasilkan yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan buku idea mestilah merupakan hasil kerja/penulisan/lakaran ahli pasukan. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
14. Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran pasukannya tetapi tidak dibenarkan menyentuh bahan atau alatan yang digunakan.
15. Setiap kali guru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 (satu) markah akan ditolak.
16. Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek. Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
17. Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
i. Kebolehan kreatif - 20 markah
ii. Pemikiran saintifik - 20 markah
iii. Kemahiran saintifik - 20 markah
iv. Kerja berpasukan - 10 markah
v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah
vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markah
vii. Buku idea - 10 markah
18. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.
19. Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.
20. Model tersebut adalah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya akan diberi di bawah.

Keluasan Rumah
Seratus Meter Persegi (100 m2).
2 bilik tidur
1 dapur
1 bilik air
1 ruang makan
1 ruang tamu

Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD. Perlu diingatkan bahawa kos perbelanjaan hasil kerja peserta tidak mempengaruhi penilaian tetapi kebijaksanaan menggunakan elemen KT & TD akan diberi keutamaan.

Keputusan pengadil adalah muktamad

No comments:

Post a Comment